Miss MarchMeow

Miss MarchMeow

Sunday, 23 February 2014

Dinner Kolej Tun Dr.Ismail (UKM) Feb 2014


Assalamualaikum & Hi

Pada 22 February 2014, Sabtu, telah berlangsung suatu acara majlis makan malam di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Majlis Makan malam tersebut bertemakan 'Fashionista' dan dihadiri oleh TNC UKM, Pengetua & ramai lagi VIP. Pelajar-pelajar KTDI turut memenuhi ruang meja makan dengan memperagakan pelbagai jenis fashion yang tersendiri!

****
Atin recycle je baju raya untuk dinner kolej tahun ni. Haha malas nak beli. lebih baik beli tudung untuk kuliah, sebab tudung dah makin lusuh & hancur. haha Yup. Aten jenis yg suke tudung malas, sarung je!

Berbalik pada dinner, it was AWSOME! suke suke suke. Ramai orang datang, memang meriah & student KTDI memang sporting. Student ramai membanjiri booth photo & ber-posing macam-macam gaya, termasuk la Atin.

Banyak persembahan yang ditayangkan, seperti silat, nyanyian & sajak. Tapi nampaknye KTDI mempunyai ramai students yang berbakat dari segi nyanyian. 








Tu je kot stakat ni. Bye bye :)

---Simple, adorable, cute, solehah---


Monday, 17 February 2014

Review: [Korean Drama] Emergency Couple

Assalamualaikum & Hi.

Hari ni nak buat review sikit tentang sebuah korean drama yang bertajuk 'Emergency Couple' atau 'Emergency Love'. Dua-dua cerita yang sama.

Atin sangat-sangat syorkan kepada student atau sesiapa yang menceburi bidang perubatan ( x kesah la student medic,nurse, MA, MO,HO,pharmacy, dentist..etc), drama ni best!




Tada! Ni poster die. Tengok background pun tau citer ni berlaku di hospital setting.
Hospital setting utama: Emergency Department/ ER

Sesiape yang suke bidang-bidang critical, you will love this drama! Because you will know what to do & what to suggest to the doctors to do, in EMERGENCY situation.Fun Fun!

Ok. Berbalik pada cerita ni, secara ringkas: Drama ni mengisahkan tentang sepasang kekasih muda yang berkahwin awal tanpa restu keluarga pihak lelaki sebab perempuan tu bukan doctor atau student medic. So, di reject! Lelaki ni dari belajar amik Medic, terus stop study dan bekerja jual ubat. Ni pelakon die: Song Ji-hyoChoi Jin-hyuk

Perkahwinan dieorang tak lama, cuma bertahan setahun je, dieorang gaduh besar dan bercerai. Nak dijadikan cerita, 6 tahun kemudian, dieorang berjumpa kembali sebagai houseman (hospital intern) di Emergency Room (ER)!! ( yup, perempuan tu study medic & laki tu belajar balik medic)

Macam-macam benda la korang boleh tengok. Dieorang resus patient, perform emergency tracheostomy, banyak bende la yang best. Contoh, ade patient ni kene tembak, bila check luka xde pun peluru, bila buat CT scan, peluru tu dah travel melalui salur darah dan berada hampir dengan jantung. It was amazing to know that it can actually happen. (I hope it's true, but i think it is)

Tentang love2x memang ada, tapi tak meleret atau mengada-ngada, just nice. 
You should watch it! Especially for houseman or medical student that gonna graduate soon. To nurses & student nurses, jangan gigit bantal bila tengok citer ni ye, Atin paham, korang mesti fikir: ' Wei Wei, cepat la. Patient punye BP &  Oxygen dah drop tu!' 

Hehe.. Have fun people. 
Ok, di sini saje untuk topic ni. 
Thank you for your eyes!

---Simple, Cute, Adorable, Solehah---

Thursday, 13 February 2014

Nurse Vs Doctor ----OR---- Nurse & Doctor ???

Assalamualaikum & Hi.



Kenapa Atin touch pasal topik ni? Why? why? why?


Hehe maaf, ter-emo tiba-tiba. Sebenarnya, secara umum tak dapat disangkalkan bahawa career sebagai doktor lebih dipandang umum. So?

Atin merupakan pelajar Kejuruwatan di UKM. Soon to be nurse, InsyaAllah.

Bagi Atin, sebenarnya dua-dua career ni memberi banyak sumbangan kepada masyarakat dari sudut kesihatan. Kalau kami bekerja dengan ikhlas, InsyaAllah pahala. Career lain tak juga dilupakan seperti dietitian, physio, nutritionist, psychologist, pharmacist & lain-lain dalam bidang perubatan.

Masing-masing ada peranan mereka tersendiri. Nurse tak bole berdiri sendiri di hospital. Begitu juga doktor, mereka tak bole berfungsi sendirian. Physiotherapist pun tak bole handle semua masalah pesakit di hospital. Masing-masing ada kepakaran mereka.

Doktor expert in Treatment
Nurse expert in Care
Physio expert in Physical movement
Dietitian expert in food & nutrition

Kami bersatu untuk pesakit kami keluar cepat dari hospital!

Kadang-kadang attitude dan kurang ilmu pengetahuan menjadikan sesetengah individu terlalu cepat menunding jari atau membuat kesimpulan terlalu cepat.

The best Nurse: 
Caring, polite, knowledgable, competence, assertive, advocate, open minded, not judge-mental, sharing knowledge.
Tapi kadang-kadang tu ade je jumpe nurse yang judgemental sebab kami ni Nursing Degree. "Korangkan amik degree, mesti tau buat bende2x ni." - Dalam hati, 'Hoi! Kami student la. Kalau nak compare, compare la bila kite same-same masih study! Baru fair!'
Conclusionnya: tak kesah di mana kite, experience dan attitude mainkan peranan penting. Ade je Nurse yang excellent!Dieorg selalu fikir pasal what is the BEST for pesakit dieorang & ape yang dieorang buat kerana Allah. Mereka mendidik kami secara positif. BEST!

The best Doctor:
Thoughtful, knowledgable, attention to all patient, competence, positive & bnyk lagi.
Pernah jumpa doktor yang best, dia meletakkan pesakit sebagai keutamaan dan bagi dia kerjasama dengan nurse amat penting. Ada juga yang explain lebih detail bila nampak student macam kami..hehe senang untuk kami faham tentang pesakit.
Tapi ada jumpe doctor perempuan ni, hampehhhhhhhh! Nurse dipersalahkan. Nak kate kurang pandai, dah tahap specialist. Kurang adab yang lebih tepat.


So conclusion...
Tak kira dimana kita berada, tak kira berapa banyak ilmu penuh di dada, jagalah hubungan kita dengan manusia & Allah, InsyaAllah di permudah segala urusan.

Nurse & Doctor is better than Nurse vs Doctor.

---Simple, cute , adorable, solehah---




Review: The Lego Movie



Assalamualaikum & Hi.

Seperti tajuk di atas, tetibe rasa macam nak buat review tentang movie animasi tajuk 'The Lego Movie'. Hari tu Atin & kawan Atin (Wani) kami gatal nk gi tengok wayang memandangkan baru habis exam. Dia nak tengok Robocop tapi Atin time tu macam malas nak tengok action movie, so at the end kami pilih The Lego Movie since I love Animation movie!

Lego movie ni tak same macam movie animasi lain contoh paling senang Movie Barbie. Barbie pun permainan gak & pastu dieorang buat jadi filem animasi. Kebanyakan filem animasi yang kite tengok, agak smooth dan effect yang lawa. Tapi lego movie ni, dia agak ke-kotakan? Nama pun lego, mesti la macam cubic2x. Sekali tengok pun nampak macam video game. Dari sudut graphic, mungkin Atin tak beberape impress tapi it is a good effort for them to make this kind of animation.

Batman pun ade dalam movie ni. Superman, little mermaid, Abraham Lincoln pun ade.. dan banyak lagi.


Menariknya cerita ini adalah jalan cerita & pengunaan bahasa dia.  Jalan cerita dia korang bole tengok sendiri, xnak spoil kn. hehe sebab nanti korang mesti macam..huh? ape ni? ape niiii?Laaa macam tu rupa nya... Bahasa dia simple, modern & kelakar. Mase kat wayang, orang kiri kanan gelak, termasuk la Atin.  

Conclusion, cerita ni memang unique & tengok la macam mana lego menonjolkan kelebihan product mainan mereka.

Sampai di sini saje.. Thank you for your eyes

--Simple, Cute, Adorable, Solehah--

Wednesday, 12 February 2014

Saya? Saya? Saya?

Assalamualaikum & Hi

Salam perkenalan. 

Nama?
Nama saya Fatin tapi prefer Atin sebab family & kawan-kawan panggil macam tu. Lebih, manja? aish. Lebih mesra? Yup, lebih mesra.

Umur? 
hmmm biar la rahsia~ haha.. clue: Masih belajar di sebuah universiti.

Hobi?
Banyak sgt. Game RPG, Facebook, Tgk TV, kacau mak masak kat dapur ( masih belajar masak ye, so kene la kacau), suka melancong tapi tu la belum ade rezeki untuk melancong ke luar negara hehe baru dalam negara je.

Haiwan Kesukaan?
Atin suka kucing, arnab, guinie pig, hamster, kura-kura & ikan jepun. Tapi currently xde haiwan peliharaan. Pengalaman menjaga je ada.

Hati?
Hmm Atin masih perlu banyak belajar bersabar. Kene jaga hati tau especially kita yang perempuan ni. Jaga Iman, Jaga Hati <3

Miss MarchMeow??!
Oh. Sebab Atin lahir bulan March. Aten suke kucing sebab tu MarchMeow. Sebenarnye pening gak nak plih nama. Puas berdebat ngan kawan nak cari nama yang sesuai. Sorry kalau name ni comel sgt.. (hahhhh>.>)

Kenapa blogging?
Hmm xde sebab specific. Atin saje nak try. sebab tengok cam best je tulis panjang2x. Hati ni teringin juga nak mengarang cerita atau lebih tepat, Fanfiction. Pernah buat di Crunchyroll.com (kalau korang tau site ni) tapi dah tak aktif sebab kawan-kawan sume dah tak aktif kat situ. Dah makin dewasa la katakan~ :P

Prince Charming?
Masih pening mencari untuk diri dan kadang-kadang mencari untuk kawan. Haish diri sendiri pun xde lagi, nk tolong orang... Tak pe kite tolong orang bina masjid. InsyaAllah, kalau kite baik teman kite pun baik. hehe...macam Dr.Love pulak doh~

Tu je kot untuk 1st post ni. Bye~ Thank you.
---Simple, cute, adorable, solehah--