Miss MarchMeow

Miss MarchMeow

Saturday, 22 March 2014

Mocha & Latte: My little friends.

Assalamualaikum & Hi!

Presenting my cute turtles: Mocha & Latte.


Yang cengkerang lagi gelap tu adalah Mocha, jantan. Yang hijau cair sikit tu Latte, betina.
Kenapa Mocha & Latte? Hmm entah la. Tibe-tibe rase suke nama tu macam sedap. 

Sebenarnyaa, dah lame beli kura-kura ni sejak 9 Mac 2014, tapi terlalu busy, so baru introduce kat blog. Mocha & latte ni sebenarnya hadiah advanced Happy Birthday dari mak Atin sebab dah lame Atin nak binatang peliharaan.

Mocha & latte ni Atin jumpe kat pasar tani Seksyen 13 dan kini berada di asrama di HUKM, Cheras.

Mocha & Latte ada perangai yang berbeza. Mocha sangat aktif masa mula-mula Atin jaga. Kalau sebut je 'Mocha', dia automatic angkat kepala. Macam gambar kat atas, panggil je Mocha terus pandang camera. Latte tak beberapa respond bila Atin panggil 'Latte' tapi lately dia dah adapt sikit.

Kura-kura boleh mendengar, cuma kene cakap kuat sikit sebab dieorg ni tak de cuping telinga.

Personaliti:

Mocha- Lebih matang berbanding latte. Dia agak passive lately. Kalau Atin keluarkan dia dari akuarium & bawa jalan-jalan ke tempat lain, dia akan duduk diam je sambil tengok sekeliling. Bila Atin patah balik masuk bilik, bukan main aktif dia nak lompat dari tangan. Nampak sangat die lebih selesa dengan tempat yang dia dah adapt.

Latte- Berbeza dengan mocha. Latte lebih aktif & agressive. Bawak la die kemana-mana, melejat nak lompat dari tangan Atin. Dia suka minta makanan, time favourite dia. 

Bela kura-kura memang la senang, tak leceh sebab senang nak tukar air, nak bagi makan, senang main kejar-kejar, semua senang. So, sesiapa yang nak bela haiwan tapi tak tau nak bela ape, bela la kura-kura.

Sekian terima kasih 

Mocha dan Latte: Bye bye!










Shopping trip: BBF & Time Square


Assalamualaikum & Hi!

Dah lame tak update blog.
So here we go!
 

Hari ni keluar ngan kawan-kawan (wanita ye :P ) pergi The Mine kat Serdang sebab ada pesta buku Big Bad Wolf.. lagi! Yup lagi dan lagi dan lagi...Atin merupakan pelanggan tegar BBF, walaupun bukannye beli sangat buku kat sane.


Kali ni Big Bad Wolf jual buku menggunakan kotak. So, ramai la orang berpusu-pusu nak abeskan voucher buku 1Malaysia dieorang. Section yang paling Atin suka adalah section young adult, sebab banyak cerita vampire. Yes! I love twilight, sorry twilight haters~ :3

Tadi tak beli pun, tumpang kotak orang, tak ingat sangat tajuk buku tu tapi tentang bende-bende super natural gak, but not vampire this time. Beli satu je sebab, kat asrama banyak lagi buku belum habis, buku The Hunt, buku Shadow Fall, The immortal instrument...

BBF kali ni tak jual banyak sangat buku macam hujung tahun lepas, hanya suku atau almost half dewan je jualan buku. Kalau yang hujung tahun lepas, satu dewan besar tu, semua buku BBF je. Tapi buku dia, ok la untuk young adult & children.

Tengok buku masak-masak, rase macam.... 'haish bile la nak kahwin & ade umah sendiri'... sebab nak atur buku masak kat dapur impian macam bawah ni. hehe


Bila tengok buku kanak-kanak, teringin nak bace kan bedtime story kat budak-budak kecil.

Tak pe la, belum ade rezeki. kih3x. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, akan berjumpa jugak prince charming Atin suatu hari nanti. Kih3x 


Lepas dah puas pusing-pusing kat BBF, kami beredar dan menuju ke Times Square.

Rehat kat Subway jap, best! My fav sebab bole mintak sayur banyak-banyak.

Banyak jugak barang yang Atin beli: 2 baju comey, 1 kain comey, 1 jacket/cardigan & concealer Za. Semuanya masih dalam budget. 

Tip #1: Shopping ni kene ade budget, kalau tak, susah nak kawal.

Tip #2: Masuk la kedai ALL RM10. Don't be shy. Ber-fashion tak semestinya kene barang mahal-mahal.

Tip #3: Main la tawar-menawar dengan peniaga kalau korang pandai. 

Tip #4: Ronda-ronda dulu, jangan terus beli sebab kadang-kadang, barangnya same tapi harga dia lain-lain.

Tip#5: Shopping la Times Square terutama sesiapa yang masih bergelar student, sebab barang-barang dia memang la tak branded BUT boleh dipakai. Tapi kalau barang elektronik, sila beli yang ada brand yang berkualiti.

Sampai disini saja dulu. Bye Bye.

Thank you for your eyes.


=Simple, adorable, cute, solehah=